Bismillah ir-Rahman ir-Raheem

V O L U M E     3

HAKIKAT TASAUF


 


Asas Kata-kata Al-Arifin :

1. Saidi Abu Al-Mawahib Assyazuli r.a. berkata: apabila kamu ingin menjauhi teman yang jahat, maka sebelum itu jauhilah akhlakmu yang jahat. Sesungguhnya dirimulah yang paling dekat denganmu. Sesuatu yang hampir lebih utama untuk diperbaiki.

2. Sesiapa yang menuntut kemasyhuran dari manusia natijahnya dia terpaksa meridhai mereka dengan perkara yang di murkai Allah, dan juga terpaksa mengikut hawa nafsu mereka, bukan mengikut kehendak Allah.

3. Berwaspadalah kamu daripada menembusi benteng syara’ wahai orang yang masih berada dalam tawanan adat tabiat manusia, dan berwaspadalah kamu dari berkata; aku telahpun terlucut dari ikatan syara’ kerana aku telah pun sampai keperingkat musyahadah kerana tuhan yang menyeru kamu itulah tuhan yang melarangmu.

4. Ibadah yang disertakan dengan cinta kepada dunia ialah penyibuk hati dan pemenat anggota tubuh.

5. Kunci pintu kebaikan adalah pengabdian diri kepada Allah. Sesiapa yang mengalpakan wirid dia telah diharam daripada warid (inayah -pertolongan- Allah). Bagi amalan itu cahaya, sebagaimana bagi makrifat itu rahsia.Wahai salik (Orang yang menuju Allah) Hendaklah kamu meneruskan zikir sekalipun telah sampai kepenghujungnya.

6 Sesiapa yang menjadi tanah (Merendahkan diri) kepada makhluk dia akan diredhai Allah . Sesiapa yang meninggikan diri ke atas makhluk maka tidak dikata baginya datanglah (datang untuk mendapatkan hidayat Allah).

7 Ibnu Ataillah Assakandari berkata: Orang jahil sahaja yang memperlekehkan wirid. Warid itu didapati dihari akhirat sedangkan wirid hilang dengan hilangnya dunia ini. Alangkah jauhnya perbezaan diantara perkara yang kamu tuntut dengan apa yang Allah tuntut.
 
 
 

Asas Suhbah:

Dalil daripada hadis

 
Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah radhiallahu taala anhu berkata : bersabda Rasulullah sallahu alaihi wasallam : Seseorang lelaki itu diatas agama temannya maka perhatikanlah siapa teman mu (nya) itu.
 
 

Dikeluarkan oleh Abu Daud dan Attarmizi didalam kitab zuhud.
 
 

Daripada hadis ini jelaslah kepada kita kepentingan bersahabat dan kesannya ke atas jiwa. Lebih -lebih lagi hadis yang diriwayatkan oleh Hanzalah . Beliau berkata:

Abu Bakar R.A telah berjumpa denganku lalu berkata: Bagaimana keadaanmu? Hanzalah menjawab:Hanzalah telah menjadi munafik. Abu Bakar berkata pula : Maha suci Allah apa yang kamu ucapkan ini.

Hanzalah menjawap : Aku ketika mana bersama Rasulullah SAW

Baginda telah memperingatkan dengan syurga dan neraka seolah-olah ianya

berada di depan mata .Tapi apabila aku berenggang daripadanya dan berurusan dengan isteri-isteri ,anak-anak dan harta benda aku terlalu lalai (lupa akan nasihat baginda).

Abu Bakar berkata: Saya pun menghadapi perkara yang sama Kami pun bergegas pergi lalu masuk menemui Baginda Rasulullah SAW Maka aku lantas berkata:Hanzalah telah munafik wahai Rasulullah Maka Rasulullah berkata, kenapa begitu?

Hanzalah menjawab, wahai Rasulullah, kami ketika berada di sisimu, kamu

mengingatikan kami dengan neraka dan syurga seolah-olah ianya berada di depan mata, tetapi apabila kami beranggang darimu dan berurusan dengan isteri-isteri dan anak-anak serta harta, kami terlalu lalai.

Maka Rasulullah berkata, Demi tuhan yang diriku didalam tanganNya, kalaulah kamu boleh meneruskan keadaan kamu sebagaimana kamu berada di sisiku dalam keadaan zikir (ingat kepada Allah) nescaya malaikat akan bersalaman denganmu di atas katil-katil kamu dan di tengah-tengah jalan, tetapi wahai Hanzalah sekejap-sekejap. ( Rasulullah mengulang perkataan ini tiga kali.) Maksudnya iman seorang mukmin itu yazid (bertambah) dan yanqus (berkurang)
 
 

Hadith dari. Rasulullah ini memberi sinaran keyakinan kepada hati, menjadikan iman membara, meningkatkan roh keperingkat malaikat yang suci, membersihkan hati daripada karat kebendaaan serta meninggikan iman ke peringkat muraqabah dan musyahadah .
 
 

Asas Zikir
 
 

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhu bahawa apa yang dikehendaki dengan maksud potongan hadis (mereka itu mengingati Allah selepas sahaja selesai bersembahyang pagi dan petang-terjemahan potongan hadis) ialah setiap kali terjaga dari tidur atau setiap kali keluar dari rumah mereka mengingati Allah.

Mujahid berkata Tidak termasuk seseorang itu baik lelaki atau perempuan ke dalam golongan orang yang banyak mengingati Allah hinggalah dia berzikir kepada Allah secara berdiri ,duduk dan berbaring.

Apa yang diperhatikan kesemua ibadah terhenti kepada syarat-syarat tertentu melainkan zikir.Ianya sah semasa suci ataupun tidak.Dibenarkan pada semua keadaan samada ketika berdiri ,duduk dan berbaring.

Imam Nawawi radhiallahu anhu berkata: Ulama telah bersepakat di atas harusnya zikir dengan hati dan lidah bagi orang yang berhadas , berjunub ,haid dan nifas. Keharusan demikian berlaku pada tasbih,tahmid ,takbir,selawat keatas Rasulullah Sallahualaihi wasallam dan doa.

Oleh itu zikir adalah penggilap hati dan kunci bagi limpahan rahmat Allah. .Dengannya sahaja terbentuknya akhlak bukan dengan yang lain.Oleh kerana itu seseorang murid tidak ditimpa oleh kesusahan ,dukacita dan kebimbangan melainkan dengan sebab lalai daripada mengingati Allah. Bertitik tolak dari sini zikir adalah kunci kegembiraan , kemesraan dan kebahagian. Sebagaimana lalai itu kunci dukacita dan keluh kesah. Dalil-dalil yang selanjutnya akan dijelaskan pada keluaran yang akan datang.
 

Volume 1 | Volume 2


Back To Front Page
 

alrashad@email.com


Last Updated May 26th, 2000