Download this Volume on a Malaysian WINWORD document

Bismillah ir-Rahman ir-Raheem

V O L U M E    1


 



Berkata Al Arif Billah Taala Sayyidi Abdul Qadir Isa Al Hasani r.a : "Tasauf secara keseluruhannya adalah merupakan akhlak . Maka barang siapa yang lebih tinggi tasawufnya darimu, maka akhlaknya juga adalah lebih tinggi darimu”.

Berdasarkan dari hikmah yang besar inilah, kami memperjelaskan kepadamu wahai saudara dan saudari di seluruh alam menerusi ruangan yang berkah ini untuk mengetahui akan matlamat dan tujuan penting tasawuf sebagai pegangan yang terhindar jauh daripada penyelewengan dan kekeliruan, malahan ia terhindar daripada anasir-anasir haram yang terpesong daripada syariat. Lebih-lebih lagi perjalanan hidup ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang bertentangan terhadap pemikiran dan tingkah laku.

Lantaran daripada itulah yang mendorong kami ke arah menjelaskan dan memperbetulkan sebahagian daripada kefahaman yang silap terhadap "Madrasah" pendidikan dan tarbiah yang berkat ini. Kita tidak boleh menolak akan tasawuf, sebaliknya kita memerlukan kepada penjelasan yang jelas terhadap perkara yang sebenarnya.

Kita ketahui di sana terdapat pelbagai kesalahan tingkah laku yang terpesong di kalangan manusia yang mengikuti " Madrasah" ini. Malahan ia juga mempengaruhi akan kesucian "Madrasah" ini serta menyebabkan masuknya anasir-anasir haram terhadap "Madrasah" yang suci ini.

Para ulama (dahulu dan sekarang) telah membantu dalam menerangkan dan memperjelaskan akan kemurnian agama ( perkara-perkara yang perlu dan berharga dalam agama) serta asas-asas untuk kita teruskan perjalanan dengannya ( dengan kemurnian agama ) menuju Ilahi Tuhan Sekelian Alam.

Sehubungan dengan itu, di sana terdapat beberapa faktor secara langsung dan tidak langsung. Adapun di antara sebab-sebab secara langsung : telah berkembangnya Islam sejak mulanya lagi dengan permusuhan yang kuat yang cuba untuk menghancurkan kerukunannya dengan berbagai-bagai cara dan perancangan.

Kita pada hari ini berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan kerumitan disebabkan oleh gelombang kekufuran dan falsafah pemikiran yang diwarisi dari barat yang mementingkan kebendaan untuk memyesatkan umat Islam (pemuda dan pemudi). Untuk berhadapan dengan penentangan ini, tidak dapat tidak ia memerlukan kepada keikhlasan daripada golongan yang arif lagi mursyid agar dapat menghubungkan dan seterusnya mengerat kan lagi hati-hati manusia kepada Allah.

Oleh yang demikian itu, betapa pentingnya peranan para pendakwah Islam untuk mengembalikan semula roh agama ini, dan melaluinya jugalah dibukakan hati-hati mereka yang tertutup.

Maka tiada tujuan lain ahli sufi di setiap zaman itu, melainkan hanyalah untuk mengembalikan manusia di bawah perlindungan dan ketenangan daripada Allah dan mendapat nikmat bermunajat serta kebahagian ke arah menghampiriNya.

Manakala sebab tidak langsung yang berlaku dalam madrasah sufiah khususnya dan pendidikan Islam amnya adalah seperti berikut:

    1. Kejahilan masyarakat Islam dalam memahami dan mendalami tentang agama dan pembangunannya.
Sesungguhnya risalah ini bukanlah tempatnya untuk menerangkan nama-nama pergerakan juga individu-individu yang memainkan peranan besar dalam memesongkan kefahaman dalam lingkungan "madrasah Al-Ihsaniah” ( Keruhanian ) . Dan bukanlah kerana takut untuk menerangkan nama-nama mereka itu disebabkan kita mengenali mereka dan kita ketahui tingkah laku mereka .
Akan tetapi apabila kita bergaul atau mencampuri mereka secara tanpa disedari, sukar bagi kita untuk keluar daripada mereka, malah kita terpaksa mengubah “ risalah “ kita dari bersikap terbuka kepada berfikiran sempit dan sibuk dengan perkara-perkara kecil seterusnya meninggalkan perkara yang besar .
Tujuan asal kita adalah untuk menerangkan kepada manusia tentang keindahan Islam serta kemurniannya , betapa luas peluang bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan ingin bersama Allah, menasihati umat Islam serta menerangkan kepada mereka perkara-perkara agama. Al-Arif billah (ulama) telah mengasaskan jalan-jalan mereka untuk menuju Allah dengan :
    1. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan hubungan denganNya.
    2. Sentiasa bersangka baik dengan manusia dan hubungan sesama manusia.
    3. Mendidik diri mereka berlandaskan manhaj syara`
Inilah dia garis panduan secara umum . Sementara dari sudut pendidikan pula , ianya juga didirikan dengan tiga rukun:
    1. Berzikir dan mengingati Allah.
    2. Menuntut ilmu dan muzakarah.
    3. Ikhlas dan berkasih sayang kerana Allah.
Dari sini jelaslah kepada kita bahawa pendidikan ini (madrasah sufiah) sebenarnya mempunyai manhaj yang jelas dan terang serta maa`ruf di kalangan manusia seluruhnya. Bukannya manhaj rahsia sepertimana pemikiran dan harakah-harakah (pergerakan lain) yang telah runtuh, yang mana mereka menzahirkan sebahagian dan menyembunyikan sebahagian yang lain.
Ini jelas kita dapati pada buku-buku, risalah, serta nasihat-nasihat kepada pengikut mereka yang berpegang dengan madrasah pendidikan ini. Dan tiadalah hubungan antara guru mursyid dengan saudara-saudaranya serta murid -muridnya itu, melainkan ia adalah merupakan hubungan antara guru dengan murid-muridnya dan penasihat dengan orang yang dinasihati.
Firman Allah Taala:
íÇÈäí ÇÑßÈ ãÚäÇ æáÇ Êßä ãÚ ÇáßÇÝÑíä
.ÓæÑÉ åæÏ43

 
 

Inilah suara daripada risalah nabawiyah yang telah dibawa dan dipindahkan(dinaqalkan) menerusi para nabi dan para rasul, bermula daripada Nabi Noh yang menyeru kepada kaumnya supaya menyelamatkan diri mereka daripada taufan kebendaan (material) .

Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. yang mulia juga menyeru umatnya melalui Al Quran :
 
 

íÇÃíåÇ ÇáÐíä ÃãäæÇ åá ÃÏáßã Úáì ÊÌÇÑÉ ÊäÌíßã ãä ÚÐÇÈ Ãáíã. ÊÄãäæä ÈÇááå æÇáÑÓæá...ÅáÎ

(ÓæÑÉ ÇáÕÝ ÃíÉ 10 )

 
 

Perniagaan bersama Allah inilah yang menghasilkan keuntungan serta menyelamatkan manusia daripada tipu daya dunia dan kerosakan-kerosakannya. Pastinya dalam perkara ini, ia memerlukan niat yang suci, hubungan baik dengan Allah serta kesungguhan dalam mendidik manusia bagi dirinya, suasana sekitar dan masyarakatnya.

Telah berkata seorang Arif billah kepada salah seorang anak muridnya. Wahai anakku! “Sekiranya engkau ingin mengetahui satu perkara halal atau haram pergilah kamu kepada ahli Feqah dan sekiranya engkau ingin mengetahui sesuatu mengenai Allah Taala, datanglah kepada kami.

Sesungguhnya Allah Taala telah mengurniakan kepada umat ini dengan mendatangkan para pendakwah dan para ulama yang ikhlas dalam berjuang. Umat Islam amat berhajat kepada mereka, bertujuan untuk mengenal Allah Taala.

    1. Berhajat kepada pendakwah yang menyeru kepada agama Allah .
    2. Berhajat kepada ahli feqah yang menerangkan tentang halal dan haram .
    3. Berhajat kepada orang yang mampu menunjuki jalan kepada Allah bagi mencapai maqam Ihsan iaitu untuk mendapat hubungan jiwa atau hati dengan Allah.
Bahawa sesungguhnya, Rasulullah saw. telah menunjukkan kepada kita maksud ini, semuanya merupakan satu petunjuk yang jelas yang telah diucapkan melalui lisan nabi saw. pada apa yang telah disebutkan di dalam hadis Jibril as berkenaan dengan Islam, Iman dan Ihsan,...dan pada akhir hadith tersebut Rasulullah ada bertanya pada sahabat “ Adakah kamu mengenali siapa yang bertanya tadi ?” mereka berkata, “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui” lalu Rasulullah menjawab, “itulah Jibril yang telah didatangkan untuk mengajar kamu mengenai agama kamu.Oleh yang demikian tidak wajar dipisahkan antara satu sama lain, maksudnya kamu ambil Islam saja dan kamu tinggalkan Iman ataupun kamu ambil Iman saja dan kamu tinggalkan Islam dan Ihsan ataupun kamu ambil Ihsan saja sementara Iman dan Ihsan kamu tinggalkan.
Bahawa sesungguhnya Allah Taala telah dijadikan agama itu dengan penuh kesempurnaan berdasarkan tiga rukun; tidak berkurang satu pun daripada yang lain iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Maka Islam adalah melalui perbuatan jasad dan Iman adalah pekerjaan atau perbuatan hati sementara Ihsan itu merupakan amalan yang mempunyai hubungan antara Iman dan Islam untuk merealisasikan ‘pengakuan hati’.
Oleh yang demikian itu, setiap orang yang beribadah, yang bersujud dan yang beramal berdasarkan manhaj Islam yang tulen senantiasa berada di bawah perlindungan Allah.
Inilah risalah kami dan kami membuka kepada anda sekalian dalam ruangan ini sebagai menyahut sdakwah yang wajib ke akita menerusi Al Quran dan melalui lisan Rasulullah saw.

 
 

æÞÇá ÇáÐí Âãä íÇ Þæã ÇÊÈÚæä ÃåÏßã ÓÈíá ÇáÑÔÇÏ)) ÛÇÝÑ 38))
 
 


Yang Faqir

As-Sayyid Yusoff bin Muhyiddin Al-Hassani










 

KATA-KATA YANG AL-ARIF
 
 

Telah berkata Imam Al muhasibi Al Basri (243)h.
 
 

Kata-kata yang arif .
 
 

  1. Lazimkan bertaqwa kepada Allah, bahawa sesungguhnya seorang muslim itu sebagaimana telah bersabda Rasulullah saw.
 

 
 

2. Telah berkata yang Al-Arif : Takutlah kepada ALLAH dalam urusan agama kamu dan kembalikanlah serta serahkan segala urusan kamu di samping bersabar di atas segala apa yang menimpa kamu.
 
 

Telah berkata Saidina Ali ra. – Janganlah kamu takut melainkan akan dosa kamu, dan jangan kamu berharap melainkan kepada ALLAH S.W.T, dan jangan malu bertanya tentang perkara-perkara yang tiada diketahui sehingga kamu mengetahui.
 
 

3. Peliharalah hemah kamu serta berusahalah memperbaiki diri kamu daripada memperbaiki keaiban orang lain.
 
 

4. Jangan kamu mengadu kepada orang yang tidak mengasihi kamu melainkan kepada orang yang mengasihi kamu dan mohonlah pertolongan daripada Allah supaya menjadi golongan yang hampir kepadaNya.
 
 

Rukun Suhbah.
 
 

Suhbah terdapat padanya kesan yang mendalam dalam mendidik manusia, tingkah laku dan akhlak. Ini adalah kerana manusia tidak sunyi daripada segala penyakit-penyakit hati, maka ia diibaratkan sebagaimana doktor yang diperlukan bagi mengubati penyakit-penyakit jasad . Lantaran itulah para mursyidin, mereka diperlukan bagi mengubati penyakit-pemyakit hati.
 
 

Ia bertujuan untuk mengeluarkan manusia daripada dorongan nafsu dan syaitan. Demikian itu adalah kerana manusia tidak sunyi daripada sifat-sifat seperti riya`, munafik, hasad dan lain-lain.

Firman Allah Taala dalam Surah Al Kahfi:
 


 
 
 

Telah bersabda Rasulullah saw.
 

 
Bermaksud: “Seorang mukmin itu merupaka cermin kepada saudaranya yang lain”. Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah.

 
 

Berkata Al Hakim (hadis- isnadnya hasan sohih) “Jalan beramal – mensucikan jiwa ini dengan kesempurnaan akhlak – ia merupakan suhbah warisan nabi.
 
 

Sabda nabi saw. “Orang yang hampir denganku di hari Akhirat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang-orang yang lebih baik hati serta mengasihi sesama insan.
 
 

Berkata Ibnu Abbas ra.:

“wahai Rasulullah! manakah perhimpunan ( kita ) yamg paling baik?” kata Nabi, “Sesiapa yang mengingati Allah dan yang mengingatkan kamu kepadanya.
 
 
 
 

Rukun zikir.
 
 

Zikir itu mempunyai banyak maknanya, kadang-kadang dikhas kepada Al-Quran (surah al Hijr). Seperti yang tersebut dalam Al-Quran:

ÅäÇ äÍä äÒáäÇ ÇáÐßÑ æÅäÇ áå áÍÇÝÙæä
 
 

Dan kadang-kadang dimaksudkan dengan hari Jumaat dan kadang-kadang dimaksudkan dengan ilmu, Kadang-kadang didatangkan dalam bentuk yang jelas seperti firman Allah Taala:

ÝÅÐÇ ÞÖíÊ ÇáÕáÇÉ ÝÇÐßÑæÇ Çááå ÞíÇãÇ æÞÚæÏÇ æÚáì ÌäæÈßã
 
 

Adapun dalam hadis Nabi banyak sekali. Akan dihidangkan kepada kamu di ruangan yang akan datang insya Allah.


Volume 2 | Volume 3

Back To Front Page
 

alrashad@email.com



Last Updated: March 4th, 2000.